KHARKIV, 8 Jun- Krisis perang Rusia dan Ukraine terus berlanjutan susulan bandar Kharkiv diserang pada awal pagi Selasa menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan.
Sebuah rumah musnah serta sebuah bangunan kediaman bertingkat tinggi dan kedai piza rosak.
Seorang yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya diselamatkan oleh perkhidmatan kecemasan.
Penduduk tempatan dilihat membersihkan serpihan dan kaca yang pecah akibat serangan tersebut.
Sejak Rusia mara ke Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine bulan lalu, Luhansk dan wilayah berjiran, Donetsk dan Donbas menjadi fokus utama Rusia.
Rusia telah melakukan serangan dari tiga arah utama iaitu timur, utara dan selatan untuk cuba mengepung penduduk Ukraine di Donbas.
Walaupun mencapai kemajuan dengan perlahan, Rusia dilihat gagal melakukan serangan untuk mengepung rakyat Ukraine.
(FOTO REUTERS)