fb fb fb fb fb

Dadah seberat 4.3 tan jenis kokain dirampas di Itali

ROM, 8 Jun- Polis Itali berjaya merampas 4.3 tan dadah jenis kokain dengan nilai kira-kira 240 juta euro dan wang tunai sebanyak 1.85 juta euro.

Rampasan terbesar di Eropah itu sekali gus memberikan tamparan hebat kepada kartel dadah terkemuka, Clan del Golfo Colombia.

Rampasan berlaku pada penghujung siasatan antarabangsa yang mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 38 orang di enam negara, iaitu Itali, Slovenia, Croatia, Bulgaria, Belanda dan Colombia.

Siasatan tersebut berlangsung lebih setahun dan melibatkan badan kehakiman Colombia serta Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.

"Pada November tahun lalu, kami memberi tumpuan untuk memecahkan kumpulan Clan del Golfo selepas penahanan ketua kumpulannya, Dairo Antonio Usuga," menurut kenyataan pihak berkuasa Itali.


(FOTO REUTERS)

Kumpulan tersebut mempunyai rangkaian yang meluas sehingga ke 28 negara di seluruh dunia.

Polis telah mengesan 19 penghantaran dadah sejak Mei tahun lalu, seterusnya membolehkan mereka mengenal pasti dalang dalam sistem pengedaran dadah global itu.- REUTERS

Media Baharu