fb fb fb fb fb

Pakar AS syorkan vaksin COVID-19 Novavax

WASHINGTON, 8 Jun- Panel pakar bersama pengawal selia ubat Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan suntikan terbaharu iaitu Novavax COVID-19, dalam usaha memerangi virus itu.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan ia mungkin dikaitkan dengan kes keradangan jantung yang jarang berlaku.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS dijangka mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan tidak lama lagi dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDCP) akan mempertimbangkan panduan mengenai cara penggunaannya.

Novavax yang berpangkalan di Maryland sebelum ini menjadi pendahulu awal dalam perlumbaan vaksin global, tetapi ketinggalan kerana kelewatan dalam pembuatan dan kelulusan.


(FOTO FAIL REUTERS)

AS adalah satu daripada beberapa pasaran utama yang mana ia masih belum menerima kebenaran, manakala Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom, Kanada, Australia adalah antara banyak negara yang telah memberikannya kelulusan.

Justeru, pakar berharap suntikan berdasarkan protein virus yang dihasilkan di makmal, boleh memberikan alternatif kepada orang yang masih ragu-ragu dengan teknologi mRNA, selain tidak mempunyai keperluan storan sejuk seperti vaksin Pfizer dan Moderna.

Setakat ini, tiga vaksin yang diluluskan di AS ialah Pfizer dan Moderna berdasarkan mRNA dan Johnson dan Johnson (J&J), yang baru-baru ini dicadangkan tidak digunakan kerana terdapat kaitan dengan pembekuan darah yang serius. - AFP


Media Baharu