fb fb fb fb fb

Jepun buka sempadan Jumaat ini, pengembara perlu patuh SOP

TOKYO, 8 Jun- Pengembara luar negara dibenarkan ke Jepun, namun perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Antaranya memakai pelitup muka, mengambil insurans peribadi dan akan 'ditemani' sepanjang penginapan mereka.

Perkara itu diumumkan kerajaan Jepun semalam menjelang pembukaan semula pintu masuk antarabangsanya.

Hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula yang akan bermula 10 Jun ini.

(Foto hiasan)

Agensi pelancongan yang mengiringi mereka perlu memastikan pengembara sentiasa memakai pelitup muka.

Penggunaan pelitup muka juga diwajibkan di kawasan terbuka.

Jepun antara negara yang melaksanakan sekatan paling ketat di pintu masuk sempadan selain tidak membenarkan kemasukan bukan rakyatnya.

Namun, kelonggaran mula diberikan dengan Perdana Menteri Fumio Kishida berikrar akan merancakkan kembali ekonomi rakyatnya melalui pembukaan pintu sempadan.- REUTERS

Media Baharu