fb fb fb fb fb

Kanada keluarkan notis perjalanan berkaitan cacar monyet

OTTAWA, 8 Jun- Kanada menasihati pengembara dari lebih 24 negara termasuk Australia, Britain dan Amerika Syarikat supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta memberi amaran supaya menangguhkan perjalanan pulang ke tanah air sekiranya sudah dijangkiti virus cacar monyet.

Notis tahap dua yang dikeluarkan oleh Agensi Kesihatan Awam Kanada semalam menyatakan, pelawat mungkin tertakluk kepada prosedur untuk mengehadkan penularan wabak berkenaan.

"Antara prosedur itu termasuk menjalani tempoh pengasingan sekiranya mereka dijangkiti," menurut notis tersebut.


(Sebuah klinik di Montreal menawarkan vaksinasi cacar monyet kepada orang ramai/Foto REUTERS)

Kanada sudah mengesahkan 81 kes jangkitan dan kebanyakannya dikesan di wilayah Quebec iaitu wilayah kedua paling padat penduduk.

Sekitar 30 negara telah melaporkan penularan penyakit tersebut, dengan lebih 911 kes yang disahkan atau disyaki penyakit itu dan kebanyakan kes dikesan di Eropah. -REUTERS

Media Baharu