fb fb fb fb fb

Sukarelawan FFC akan diusir segera

Foto REUTERS

LONDON, 8 Oktober - Kesemua kapal dan sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC), termasuk sembilan rakyat Malaysia, telah dipindahkan ke pelabuhan Israel.

Kenyataan Kementerian Luar Israel menerusi akaun "X" juga mendakwa kononnya kesemua sukarelawan selamat dan dalam keadaan sihat.

"Mereka akan diusir segera," menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, FFC mengesahkan kesemua kapalnya telah diserang tentera zionis ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Rakaman FFC menunjukkan semua aktivis di atas kapal "Conscience" telah siap sedia duduk semasa tentera rejim Israel menceroboh kapal terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di atas kapal "Gaza Sunbird" pula menunjukkan seorang tentera memecahkan alat perakam itu dengan senapang.

Ini merupakan insiden kedua dalam tempoh beberapa hari selepas kira-kira 40 kapal dengan lebih 450 aktivis termasuk 23 rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotila dipintas tentera Israel. - REUTERS

EMMI NORALIZA ADNAN