MADRID, 8 Oktober - Dua mayat ditemukan bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di tengah Madrid.
Pihak perkhidmatan kecemasan Sepanyol menerusi kemas kini di akaun X memaklumkan, anggota bomba sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian, berhampiran Plaza Mayor, yang popular dalam kalangan pelancong.
Setakat ini, dua disahkan masih hilang.
Manakala, beberapa pekerja dilaporkan cedera.
Wakil tertinggi kerajaan pusat di wilayah Madrid, Francisco Martin Aguirre berkata, runtuhan itu telah menyebabkan terbentuknya lubang besar dari beberapa tingkat atas hingga ke bawah tanah.
"Kerosakan sangat teruk dan kesannya ke atas bangunan berhampiran juga sedang dinilai," tambah beliau.
Arahan perpindahan telah dikeluarkan kepada penduduk di beberapa bangunan berdekatan.
Aguirre turut memberitahu, setakat ini, jumlah sebenar mangsa yang cedera belum dapat dipastikan.
Namun, kebanyakkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Empat mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.- AFP