fb fb fb fb fb

Keadaan di Sudan kini "amat berbahaya"

GENEVA, 26 April - Salah sebuah kumpulan bertelagah di Sudan, dilaporkan telah menguasai makmal awam kebangsaan. Sekali gus mewujudkan keadaan yang "amat berbahaya".

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makmal itu menyimpan pelbagai sampel penyakit yang membawa maut termasuk polio, demam campak dan taun.

Wakil WHO di Sudan, Nima Saeed Abid mengesahkan semua juruteknik makmal berkenaan telah diusir, ia kini dikawal sepenuhnya oleh mereka, yang menjadikannya sebagai pangkalan tentera.

(FOTO AFP)

Sementara itu, Jerman pula merancang untuk melaksanakan penerbangan pemindahan terakhir dari Sudan, malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, mereka akan diterbangkan ke Jordan.

Setakat ini, hampir 500 orang dari 30 negara berjaya dibawa keluar dari Khartoum dengan bantuan Jerman. - AFP

Media Baharu