fb fb fb fb fb

Britain mula pindahkan warganya dari Sudan secara besar-besaran

LONDON, 26 April - Britain melancarkan operasi skala besar bagi memindahkan warganya yang terperangkap di Sudan pada Selasa, menyertai negara-negara lain yang giat mengeluarkan rakyat mereka.

Perdana Menteri, Rishi Sunak berkata, keutamaan diberi kepada mereka yang paling terdedah kepada bahaya seperti keluarga dengan anak kecil dan warga emas.

Semalam, operasi ketenteraan dilaksanakan bagi mengeluarkan para diplomat.

Langkah itu mendapat kecaman warga Britain yang mendakwa mereka diabaikan.

Terdapat kira-kira 4,000 pemegang dwikerakyatan dan 400 pemegang pasport United Kingdom.

(FOTO REUTERS)

"Penerbangan pertama sudah pun berlepas dengan warga Britain, terdapat lebih banyak penerbangan petang ini, dan kami akan mengadakan lebih banyak lagi esok," kata Sunak kepada media.

"Kami telah mengeluarkan maklumat kepada orang ramai untuk ke lapangan terbang untuk proses pemindahan dengan selamat,"

Jurucakap Sunak sebelum ini berkata penerbangan akan diteruskan selama mungkin dan warga Britain akan dibawa ke Cyprus, dengan kerajaan memudahkan perjalanan mereka ke Britain. - REUTERS

Media Baharu