fb fb fb fb fb

Biden dan Yoon melawat tugu peringatan perang Korea

AMERIKA SYARIKAT, 26 April - Presiden Joe Biden dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengadakan lawatan ke Memorial Veteran Perang Korea di Washington D.C.

Lawatan Yoon sebagai tanda ulang tahun ke-70 perikatan itu.

Selepas upacara meletakkan kalungan bunga, kedua-dua presiden berdiri sambil kumpulan tentera memainkan 'TAPS'.

Mereka kemudiannya bertemu dengan Judy Wade, anak saudara kepada penerima Pingat Kehormatan Luther Story, serta suami Wade, Joseph, kata kenyataan akhbar White House.

(FOTO REUTERS)

Rumah Putih berkata, Story, yang bertempur di Korea, dianggap hilang selama 73 tahun sehingga mayatnya dikenal pasti baru-baru ini. - REUTERS

Media Baharu