fb fb fb fb fb

Biden umum bertanding pilihan raya Presiden AS tahun depan

WASHINGTON, 26 April - Joe Biden secara rasmi umum bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun depan.

Pemimpin berusia 80 tahun itu menjelaskan, beliau mahu mempertahankan jawatan tersebut bagi menyelesaikan tugas di White House.

Selain Biden, bekas presiden Donald Trump juga mahu merebut jawatan itu sekali lagi.

Turut menyatakan hasrat bertanding, anak saudara kepada bekas Presiden John F Kennedy, Robert F Kennedy Jr; dan bekas Gabenor Arkansas, Asa Hutchinson.

(FOTO REUTERS)

Serta Duta Besar Amerika ke PBB, Nikki Haley dan usahawan, Vivek Ramaswamy. - AFP

Media Baharu