fb fb fb fb fb

RAF adakan latihan penerbangan menjelang pertabalan Raja Charles

UNITED KINGDOM, 26 April - Pesawat dan helikopter Tentera Udara Diraja (RAF) melakukan latihan pertunjukan udara menjelang pertabalan Raja Charles di pangkalan RAF Cranwell di Lincolnshire County

Latihan itu melibatkan pelbagai pesawat, termasuk Globemasters dan jet pejuang F355B.

Pada hari pertabalan itu, 30 pesawat akan melakukan pertunjukan selama enam minit di Istana Buckingham, di London.

Raja Charles menjadi raja di United Kingdom dan 14 kerajaan lain selepas kematian ibunya, Ratu Elizabeth pada September lalu.

(FOTO REUTERS)

Baginda akan dinobatkan pada 6 Mei, dalam upacara yang penuh adat.- REUTERS

Media Baharu