fb fb fb fb fb

Reformasi pencen, Macron terus terima kecaman

VENDOME, 26 April- Hentakan periuk dan kuali menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang melawat sebuah pusat perubatan di wilayah Loire pada Selasa.

Ia sebagai protes dalam kalangan penduduk yang menentang undang-undang reformasi pencen yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Terdahulu, ketika lawatan di wilayah Alsace pada 19 April lalu, Macron turut disambut dengan ejekan dan gesaan agar beliau meletak jawatan.

(Presiden Perancis, Emmanuel Macron melawat sebuah pusat perubatan
di wilayah Loire / Foto REUTERS)

Undang-undang berkenaan secara beransur-ansur akan mengenakan kenaikan umur persaraan rakyat kepada 64, sebelum menerima pencen mereka.

Ia berkuat kuasa selepas tiga bulan protes yang menyaksikan orang ramai berhimpun dan ada kalanya bertukar menjadi ganas.

Tinjauan pendapat menunjukkan sebahagian besar pengundi menentang reformasi tersebut.

Satu demonstrasi besar menentang undang-undang pencen, yang diketuai oleh kesatuan sekerja, dijadualkan berlangsung pada 1 Mei, iaitu ketika sambutan Hari Pekerja.-REUTERS

Media Baharu