fb fb fb fb fb

Sampah bertimbun susulan protes harga tanah

COCHABAMBA, 26 April- Longgokan sampah yang besar di seluruh Cochabamba mengundang risiko kesihatan awam apabila penduduk menghalang pintu masuk utama ke tapak pelupusan sampah.

Orang ramai menyekat tapak pelupusan sampah di K'ara K'ara selama beberapa hari bagi menuntut kos tanah di kawasan itu tidak dinaikkan.

Sampah mula bertimbun di jalan-jalan Cochabamba selepas tujuh hari sekatan di tapak pelupusan sampah.

(Sampah bertimbun di tepi jalan sekaligus mengundang risiko kepada kesihatan awam / Foto REUTERS)

Protes itu telah menghalang lori sampah masuk untuk membuang sampah.

Datuk Bandar Universidad de San Simon, yang memiliki tanah berhampiran tapak pelupusan sampah diminta untuk mengekalkan harga tanah mengikut penilaian tahun 2004.-REUTERS

Media Baharu