fb fb fb fb fb

China lancar pasukan bantuan pertanian ke Cote d'Ivoire

COTE D'IVOIRE, 26 April- China melancarkan pasukan bantuan teknikal pertanian yang terdiri daripada ahli agronomi dan jurutera ke wilayah Guiguidou di utara Cote d'Ivoire.

Pasukan itu, bertujuan menyokong usaha tempatan untuk memastikan kemandirian bekalan beras, selain meningkatkan kadar transformasi produk pertanian di negara itu.

China dan Cote d'Ivoire telah bekerjasama selama 20 tahun dalam bidang penanaman padi yang telah membuahkan hasil signifikan.

Guiguidou mempunyai kira-kira 430 hektar sawah padi.

Proses membajak sebahagian besarnya dilakukan oleh traktor, menggantikan kaedah kuno yang diamalkan oleh petani di kawasan itu.

Dengan bantuan pakar China, teknik penanaman moden telah diperkenalkan kepada lebih ramai petani tempatan dan hasil padi telah meningkat.

(Petani tempatan di sini didedahkan dengan teknik pertanian moden
untuk menggandakan hasil padi / Foto REUTERS)

"Projek kerjasama beras antara China dan Cote d'Ivoire telah meningkatkan pendapatan petani.

Projek ini membolehkan kami membangunkan jalan raya, air dan elektrik di Guiguidou dan kami mempunyai infrastruktur moden di kampung ini," kata Beugre Alain, Presiden Kesatuan Pembangunan Beras Guiguidou.

Projek pertanian Guiguidou telah dimulakan pada tahun 1995 oleh kerajaan China dengan pelaburan sebanyak 22 juta dolar Amerika Syarikat (AS).-REUTERS

Media Baharu