fb fb fb fb fb

NATO seru Georgia gandakan usaha capai standard demokrasi

BRUSSELS, 25 April- Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO), Jens Stoltenberg menyeru Georgia supaya 'menegakkan piawaian demokrasi' menjelang pertemuan dengan Perdana Menteri negara itu, Irakli Garibashvili.

Stoltenberg berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Tbilisi pada 9 Mac untuk membatalkan rancangan bagi memperkenalkan apa yang disebut oleh pengkritik sebagai rang undang-undang 'ejen asing' yang diilhamkan oleh Rusia.

Rang undang-undang berkenaan memerlukan individu dan organisasi yang menerima 20 peratus daripada pembiayaan mereka dari luar negara untuk mendaftar dengan kerajaan.

"Saya mengalu-alukan keputusan untuk menarik balik draf undang-undang mengenai pengaruh asing, yang tidak serasi dengan nilai Euro-Atlantik dan perlindungan kebebasan," katanya.

(Perdana Menteri Georgia, Irakli Garibashvili (kiri) berjabat tangan dengan 
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg / Foto REUTERS)

Garibashvili sebelum itu bertemu dengan Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU), Charles Michel.

Georgia memohon 'status calon' EU pada Mac 2022, bersama Ukraine dan Moldova.

Tetapi Brussels menolak bidaan Tbilisi, dengan menyatakan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.-REUTERS

Media Baharu