fb fb fb fb fb

Strategi COVID-19 sifar , China perhebat perkhidmatan kesihatan

SHANGHAI, 18 Mac- Presiden Xi Jingping menegaskan China tetap berpegang kepada 'Strategi Covid-19 sifar'

Keselamatan penduduk kini, paling utama dan pihak bertanggungjawab perlu mengekang penularan wabak dengan kadar segera termasuk meningkatkan pencegahan dan mengoptimumkan langkah kawalan penyakit.

Suruhanjaya Kesihatan, melaporkan dalam tempoh seminggu lepas, lebih 1,000 kes baharu dicatatkan setiap hari.

Serentak dengan itu, perkhidmatan kesihatan diperhebat di Wilayah Jilin dengan fasiliti serta pusat kuarantin ditambah selain menjalankan lebih banyak ujian saringan COVID-19 kepada penduduk.

Keperluan itu termasuk kemudahan perubatan sementara yang mampu menempatkan lebih 10,000 pesakit.

Setakat ini, 11,488 katil pesakit telah disediakan dan dua kemudahan kuarantin sementara dengan 662 bilik pengasingan siap dibina.

Selasa lepas, sebuah pusat konvensyen diubah suai menjadi hospital sementara di ibu kota Changchun dan telah menerima kemasukan pesakit.- AFP


(Gambar fail/ AFP)

Media Baharu