fb fb fb fb fb

COVID-19: Itali mansuh sekatan secara berperingkat

ROM, 18 Mac- Selepas dua tahun COVID-19, Itali bakal memansuhkan sekatan secara berperingkat.

Perdana Menteri, Mario Draghi, memaklumkan, mulai 1 Mei, syarat sijil kesihatan COVID-19, pembuktian vaksinasi atau tempoh pemulihan dari COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk mendapatkan akses pelbagai perkhidmatan.


(Perdana Menteri Itali, Mario Draghi / Foto AFP)

Malah, syarat bagi individu berusia lebih 50 tahun yang perlu vaksinasi untuk bekerja juga dimansuhkan mulai 1 April.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran, kerajaan juga bersedia memperketatkan semula sekatan jika perlu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Roberto Speranza, berkata tiada bukti yang menunjukkan keperluan dos keempat namun kerajaan tidak menolak untuk memberikannya kepada warga emas.

Sehingga kini, terdapat banyak negara Eropah memansuhkan sekatan COVID-19 dengan lebih agresif, termasuk Perancis yang memilih untuk menarik balik sekatan, awal minggu ini.- AFP

Media Baharu