fb fb fb fb fb

Stesen minyak meletup, 12 orang termasuk kanak-kanak maut

(Foto REUTERS)

MAKHACHKALA, 15 Ogos- Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk kanak-kanak terkorban di wilayah selatan Rusia di Dagestan selepas sebuah stesen minyak meletup.

Menurut Gabenor wilayah Dagestan, Sergey Melikov, insiden tersebut turut menyebabkan lebih 50 orang cedera.

"Kebakaran bermula di sebuah kedai membaiki kereta di ibu kota Dagestani, Makhachkala dan menyebabkan letupan merebak ke stesen minyak berhampiran.

"Kesemua mangsa terlibat dihantar ke Pusat Perubatan Bencana Dages untuk rawatan lanjut," katanya menerusi Telegram.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berkata insiden berlaku di kawasan seluas 500 meter persegi.

Video dimuat naik di media sosial menunjukkan api besar dan beberapa letusan berlaku dalam insiden berkenaan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu