fb fb fb fb fb

Lebih 50 orang terbunuh di Himalaya akibat tanah runtuh

INDIA, 15 Ogos - Lebih 50 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh, akibat hujan lebat di Himalaya, India.

Angka kematian dijangka meningkat apabila lebih 20 masih terperangkap atau hilang, kata pegawai pada Isnin.

Hujan lebat luar biasa dan glasier mencair menyebabkan banjir kilat hingga ke pergunungan India dan negara jiran Pakistan dan Nepal sejak beberapa tahun lalu.

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan "amaran merah" bagi Himachal, Uttarakhand pada Isnin dan meramalkan intensiti hujan akan berkurangan mulai Selasa dan seterusnya.

Sebahagian daripada Himachal dan Uttarakhand menerima hujan sebanyak 273 mm (10.75 inci) dan 419 mm (16.54 inci) dalam tempoh 24 jam hingga 8:30 pagi IST (3 pagi GMT) pada Isnin, kata pejabat cuaca.

Pihak berkuasa negeri Uttarakhand mengumumkan bahawa laluan Char Dham akan ditutup hingga Selasa berikutan tanah runtuh. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu