UNITED KINGDOM, 15 Ogos - 25 tahun tragedi pengeboman di Omagh, Ireland Utara merupakan serangan terburuk dalam keganasan yang dikenali sebagai 'The Troubles.'
Kerajaan Britain berkata pada Februari, siasatan akan dijalankan ke atas serangan itu yang mengakibatkab 29 orang terbunuh, hanya beberapa bulan selepas Perjanjian Good Friday dilaksanakan.
Seorang wanita hamil antara yang maut, serta enam remaja, enam kanak-kanak dan dua pelancong Sepanyol. 200 lagi cedera.
Tentera Republikan Ireland Sebenar (Real IRA), sebuah kumpulan separa tentera republik Ireland , mengaku bertanggungjawab dan kemudian meminta maaf.
Pihaknya memaklumkan serangan itu tidak bertujuan untuk menyasarkan orang awam.
Kerajaan British berkata siasatan itu tertumpu kepada menentukan sama ada pengeboman itu boleh dicegah.
Pada 2021, Mahkamah Tinggi Britain mencadangkan siasatan perlu dilakukan untuk membuat kesimpulan jika keselamatan gagal bertindak atas risikan untuk mencegah serangan itu. - REUTERS
(FOTO REUTERS)