fb fb fb fb fb

Sri Lanka tahan lebih 230 warga China kerana jenayah siber

Foto Hiasan/ REUTERS

COLOMBO, 16 Oktober- Polis Sri Lanka menahan lebih 230 lelaki China yang dituduh menyasarkan bank antarabangsa bagi penipuan dalam talian, dengan bantuan daripada pegawai keselamatan yang dihantar oleh Beijing.

Menteri Luar Negara, Vijitha Herath, berkata serbuan polis yang dilakukan sepanjang minggu lalu juga berjaya merampas 250 komputer dan 500 telefon bimbit digunakan dalam dakwaan penipuan itu, dengan siasatan mengenai jumlah kecurian masih dijalankan.

"Mereka menyasarkan bank asing dan institusi kewangan," katanya.

Sementara itu, Kedutaan China di Colombo berkata mereka menghantar sekumpulan pegawai keselamatan untuk menjalankan operasi khas dengan polis Sri Lanka.

"Sebilangan besar suspek jenayah telah ditangkap.Tindakan keras China terhadap penjenayah siber di dalam negara mungkin mendorong sesetengah pihak untuk mencari peluang melakukan jenayah di luar negara.

"China bersedia untuk mengukuhkan lagi kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan Sri Lanka," menurut kedutaan dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa 'pemulangan dan tugasan lain' sedang dijalankan.

Serbuan terbesarpada Sabtu lalu apabila polis menahan 126 lelaki China serta dua dari Vietnam dan masing-masing seorang dari Thailand serta Filipina.

Sri Lanka mempunyai infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan yang pertama di Asia Selatan membuka rangkaian 5G pada April 2019, tiga tahun sebelum krisis kewangan negara.

Kenyataan kedutaan itu berkata tindakan keras China terhadap penjenayah siber di dalam negara mungkin telah mendorong sesetengah pihak untuk mencari peluang jenayah di luar negara.

"China bersedia untuk mengukuhkan lagi kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan Sri Lanka", kata kenyataan itu.

Pada Jun lalu, polis menahan 200 lagi suspek, terutama warga India yang dituduh menjalankan penipuan kewangan dalam talian. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI