fb fb fb fb fb

Sri Lanka berdepan situasi politik tidak stabil

NEW DELHI, 13 September - Seorang pegawai kanan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan situasi semasa Sri Lanka sebagai "rapuh" dan mendesak kerajaan untuk menggalakkan perdamaian nasional ketika negara itu cuba mengatasi krisis kewangan terburuknya.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Nada Al Nashif melahirkan kebimbangan terhadap penahanan pemimpin dan anggota gerakan protes yang menggulingkan pentadbiran terdahulu.

Pertukaran kerajaan Sri Lanka pada Julai telah dicapai melalui cara yang sebahagian besarnya aman dan mengikut perlembagaannya.

Bagaimanapun keadaan politik dan ekonomi kekal rapuh dan ketidakstabilan yang kekal," katanya kepada Majlis Asasi Manusia Sesi ke-51 di Geneva pada Isnin.

(FOTO FAIL)

Beliau menegaskan bahawa 13 tahun sejak berakhirnya perang saudara Sri Lanka, berpuluh-puluh ribu mangsa yang terselamat terus mencari keadilan mencari keluarga yang telah hilang.

Pegawai PBB itu berkata inflasi di negara itu mencatatkan 66.7 peratus dan 6.3 juta orang dianggarkan mengalami kekurangan makanan.

Menteri Luar Sri Lanka Ali Sabry, ketika berucap pada majlis Geneva, berkata kerajaan peka terhadap keadaan sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat dan telah memulakan langkah untuk memastikan kesejahteraan mereka terjamin, menurut satu kenyataan PBB. - BERNAMA

Media Baharu