fb fb fb fb fb

Dua maut dalam insiden keganasan terbaharu di Toronto

(Insiden tembakan pada 22 Oktober 2014 yang menyaksikan seorang askar Kanada ditembak di Memorial Perang Kanada dan
seorang penembak dilihat berlari ke arah bangunan parlimen, di mana lebih banyak tembakan dilepaskan / REUTERS)

OTTAWA, 13 September- Seorang pegawai polis terbunuh apabila seorang penembak melepaskan tembakan di barat Toronto pada Isnin.

Seorang lagi turut meninggal dunia, menurut media tempatan, dan sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam insiden keganasan itu.

“Saya gerun dengan keganasan tidak masuk akal hari ini, termasuk pembunuhan seorang pegawai polis Toronto,” kata Premier Ontario Doug Ford di Twitter.

Pada pukul 4:30 petang, polis mengeluarkan amaran tentang suspek bersenjata yang melarikan diri dari pusat beli belah di Mississauga, Ontario dengan kenderaan curi selepas kejadian tembakan.

Sejurus kemudian, polis di Milton berkata mereka telah menahan suspek selepas kejadian satu lagi tembakan di bandar itu.

Polis di Mississauga memberitahu AFP dua orang telah ditembak, tetapi tidak mengesahkan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia.

Polis Milton sementara itu berkata seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua yang lain telah dihantar ke hospital.

Kanada telah digemparkan dengan beberapa insiden keganasan besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kejadian tikaman di sebuah komuniti Orang Asli Saskatchewan yang terpencil pada 4 September lalu yang menyebabkan 10 maut dan 18 cedera.

Salah seorang suspek dalam kes itu ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh abangnya, yang kemudiannya ditahan selepas pemburuan empat hari dan mati dalam tahanan.

Seorang lelaki bersenjata yang menyamar sebagai anggota polis turut membunuh 22 orang di Nova Scotia pada April 2020, termasuk seorang pegawai polis dua tahun selepas pemandu van membunuh 11 pejalan kaki di Toronto.

Dan seorang lagi penembak membunuh enam jemaah di sebuah masjid Bandaraya Quebec pada Januari 2017. -AFP


(Polis dilihat berhampiran tempat kejadian tembakan besar-besaran di Toronto, Kanada, 22 Julai 2018 / REUTERS)

Media Baharu