fb fb fb fb fb

Pelancaran Roket Artemis ke bulan, 27 September depan

WASHINGTON, 13 September - NASA menyasarkan 27 September ini sebagai tarikh terbaharu pelancaran Roket Artemis satu dalam misi ke bulan.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan, misi tersebut bagaimanapun tertakluk kepada kejayaan pasukan kejuruteraan untuk meningkatkan sistem pelancaran roket ke angkasa.

Selain keperluan untuk memastikan sistem kecemasan penerbangan berfungsi dengan baik.

Jika berjalan lancar, pada 27 September, "tetingkap pelancaran 70 minit akan dibuka pada pukul 11:37 pagi waktu tempatan.

Sekiranya misi gagal, tarikh pelancaran akan ditunda pada 2 Oktober.

(FOTO AFP)

Misi seterusnya, melibatkan roket Artemis dua, akan membawa angkasawan ke Bulan tanpa mendarat di permukaannya.

Sebaik sahaja dilancarkan, kapal angkasa akan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke bulan.

Salah satu objektif utama perjalanan adalah untuk menguji pelindung haba kapsul yang pada diameter 16 kaki (lima meter) adalah yang terbesar pernah dibina.

NASA mahu membina stesen angkasa bulan yang dikenali sebagai Gateway dan untuk mendapatkan cara dan pandangan mengenai cara untuk bertahan di angkasa dalam tempoh panjang, menjelang misi ke Marikh pada tahun 2030. - AFP

Media Baharu