fb fb fb fb fb

Wilayah Tigray diserang lagi

KENYA, 13 September - Serangan udara berlaku di ibu kota wilayah Tigray di utara Ethiopia pada Selasa, kata pegawai hospital dan pemberontak Tigray.

Serangan ke atas Mekele berlaku hanya beberapa hari selepas Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) menyatakan persediaannya untuk gencatan senjata dan perbincangan dengan kerajaan Perdana Menteri Abiy Ahmed, selepas hampir dua tahun berperang.

"Dron AbiyAhmed menyasarkan Kampus Adi Haki Universiti Mekelle," kata jurucakap TPLF Getachew Reda di Twitter.

Kibrom Gebreselassie, seorang pegawai kanan di Hospital Ayder Tigray berkata terdapat "serangan dron awal pagi" ke atas Mekele.

"Seorang pesakit yang cedera tiba di Ayder. Bagaimanapun jumlah korban masih belum diketahui," katanya.

(FOTO HIASAN)

AFP tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat susulan akses ke utara Habsyah sangat terhad dan Tigray yang mengalami gangguan komunikasi lebih setahun.

Tiada sebarang reaksi terkini daripada pegawai kerajaan.

Tigray sebelum ini telah dilanda beberapa serangan udara sejak pertempuran semula pada akhir Ogos, antara tentera kerajaan dan sekutu mereka serta pemberontak TPLF di utara Habsyah.

Komuniti antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Ketua Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) Moussa Faki Mahamat, dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken, menggesa pihak bertelagah untuk mengambil peluang untuk berdamai.

Addis Ababa masih belum mengulas secara rasmi mengenai tawaran itu.- AFP

Media Baharu