fb fb fb fb fb

Spesis teratai laut 'rare' ditemui di Antartika

FOTO REUTERS

MAGALLANES, 24 Mac- Saintis di Chile menemui spesis teratai laut yang disifatkan jarang ditemui di Antartika, baru-baru ini.

Spesimen itu pertama kali dilihat ketika ekspedisi oleh Institut Antartika Chile ke Pulau Vega di Laut Weddell pada awal Januari lalu dan penemuan tersebut didedahkan kepada umum, Jumaat lepas.

Rakaman berkenaan dilakukan dengan bantuan peralatan kapal selam robotik.

Ahli biologi marin, Sebastian Menendez berkata, teratai laut menggunakan banyak lengannya untuk bergerak dalam air dan mencari makan dengan zarah-zahrah yang terapung.

Spesies tersebut dianggap sebagai crinoid yang merupakan invertebrata daripada filum Echinodermata. -Reuters

2403 BD SAINTIS JUMPA TERATAI LAUT 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA