fb fb fb fb fb

Hujan lebat ragut tujuh nyawa di Brazil

FOTO REUTERS

RIO DE JANEIRO, 24 Mac- Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di Brazil akibat hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di negeri sini pada Jumaat lepas.

Empat daripadanya terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kediaman di kawasan kejiranan Petropolis di wilayah pergunungan negeri itu.

Bagaimanapun, lima mangsa lagi berjaya selamatkan daripada runtuhan berkenaan.

Sementara itu, seorang maut di bandar Teresopolis selepas sebuah rumah runtuh dan seorang lagi terkorban akibat dipanah petir ketika berada di sebuah pantai dekat bandar Arraial do Cabo, wilayah Lagos.

Seorang mangsa pula lemas selepas trak yang dinaikinya terjatuh ke dalam sungai di Duque de Caxias dekat Baixada Fluminense.

Sehubungan itu, pihak berkuasa negeri diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini untuk operasi menyelamat dan pemindahan penduduk ke kawasan selamat. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA