fb fb fb fb fb

Dua lagi pemain ski maut dalam runtuhan salji di Switzerland

Pergunungan Alps Switzerland/AFP

GENEVA, 24 Mac- Dua orang pemain ski maut dalam kejadian runtuhan salji berhampiran pusat peranginan mewah Klosters di tenggara Switzerland pada Jumaat lepas.

Mangsa melibatkan dua orang lelaki berusia 53 dan 57 tahun yang berasal dari ibu negara, Bern.

"(Ketika kejadian) di kawasan Schintersiten, mereka mengambil laluan cerun yang curam. Beberapa runtuhan salji kemudian berlaku dan mengheret kdua-dua lelaki itu kira-kira 200 meter (m) ke kawasan berbatu," menurut kenyataan polis wilayah Graubunden semalam.

Kertas siasatan mengenai kejadian tersebut telah dibuka oleh pejabat pendakwa raya Graubunden.

Terdahulu, enam pemain ski termasuk lima sekeluarga hilang dalam ribut berhampiran resort mewah di selatan Zermatt pada awal bulan ini.

Lima mayat berjaya ditemukan, manakala pencarian seorang lagi ditamatkan tidak lama kemudian.

Menurut statistik oleh WSL Institute for Snow and Avalanche Research, seramai 12 orang kehilangan nyawa dalam runtuhan salji di negara itu sejak 1 Oktober tahun lalu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA