TOKYO, 26 Februari- Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, Pendarat Pintar Bagi Menyiasat Bulan atau ‘Smart Lander for Investigating Moon’ (SLIM) selamat mendarat di bulan.
SLIM mendarat di permukaan bulan pada Januari lepas dan menjadikan Jepun negara ke-5 yang melakukan kajian ke atas bulan.
Ketika ini negara-negara maju berlumba-lumba untuk mencari sumber dan tempat tinggal manusia di satelit semula jadi itu.
Tidak lama selepas mendarat dalam jarak 55 meter dari sasarannya di selatan bulan, SLIM kehabisan kuasa kerana ia telah terbalik dan panel solarnya berada pada sudut yang salah.
Panel solarnya mendapat semula bekalan elektrik lebih seminggu kemudian hasil perubahan arah cahaya matahari.- REUTERS