fb fb fb fb fb

SKYCovione terima kelulusan farmaseutikal Korea Selatan

(Seorang wanita sedang menjalani ujian swab di pusat kesihatan/ AFP)

SEOUL, 27 Jun- Calon bagi vaksin COVID-19 pertama Korea Selatan, yang dibangunkan SK Bioscience Co. telah pun menerima kelulusan daripada kumpulan penasihat pakar farmaseutikal.

Ini menjadikannya semakin hampir untuk dipasarkan secara komersial.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan memaklumkan, GBP510 dilaporkan sudah diluluskan dari aspek keselamatan dan tahap keberkesanan.

(Pusat vaksin SK Bioscience di Andong. Sumber: SK Bioscience)

Juga dikenali sebagai SKYCovione, ia vaksin tempatan yang berjaya melalui tiga fasa ujian klinikal.

Ia dibangunkan bersama Institut Penyelidikan Reka Bentuk Antigen Universiti Washington.

Kerajaan telah memeterai perjanjian untuk membeli 10 juta dos vaksin SK Bioscience. -AFP

Media Baharu