fb fb fb fb fb

Skandal rasuah dan persaingan lama warnai pilihan raya Albania

Perdana Menteri Albania, Edi Rama, pemimpin Parti Sosialis, dan isterinya Linda Rama selepas mengundi semasa pilihan raya parlimen di Tirana, Albania. / Foto REUTERS

TIRANA, 12 Mei-Rakyat Albania keluar mengundi pada Ahad dalam pilihan raya parlimen yang menyaksikan Perdana Menteri Edi Rama cuba mendapatkan penggal keempat menyaksikan kempen yang banyak menumpukan kepada janji untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan dakwaan rasuah berleluasa.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu, lirjan Celibashi berkata keputusan rasmi dijangka diumumkan selewat-lewatnya Selasa pada Selasa.

Rama, yang memimpin Parti Sosialis (PS) sejak 2013, dilihat sebagai calon pilihan untuk menewaskan seteru lamanya, bekas Perdana Menteri Sali Berisha dari Parti Demokratik (PD).

Sokongan terhadap Rama diperkukuh oleh jaringan politik berpengaruh, pertumbuhan ekonomi yang sihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan imejnya yang popular di peringkat antarabangsa.

Satu tinjauan pengundian oleh Albanian Post dan Klan Kosova TV menunjukkan PS mendapat 51.8% undi (79 kerusi daripada 140), manakala PD pimpinan Berisha meraih 38% atau 54 kerusi. Namun, Berisha menyifatkan tinjauan itu sebagai berat sebelah memihak Rama.

Rama berulang kali berikrar bahawa Albania akan menyertai EU menjelang akhir dekad ini, namun pakar politik dan akademik meragui tempoh tersebut memandangkan pelbagai pembaharuan besar masih diperlukan, termasuk penghapusan rasuah.

Rama dijangka memerlukan sokongan parti kecil untuk mengekalkan majoriti parlimen jika keputusan rasmi menyerupai anggaran semasa.

Dari segi ekonomi, Rama mencatatkan prestasi baik dengan pertumbuhan tahunan melebihi 4% dari 2022 hingga 2024, disokong oleh perdagangan dengan EU dan ledakan sektor pelancongan, menurut Bank Dunia.

Namun, isu rasuah kekal membelenggu pentadbiran Rama didorong oleh kumpulan jenayah terancang yang menjana berbilion euro hasil penyeludupan dadah dan senjata.

Sementara itu, penentangan terhadap Rama semakin meningkat sejak tahun lalu akibat dakwaan tindakan keras terhadap pembangkang termasuk Berisha, di samping beberapa skandal politik, antaranya penahanan sekutunya, Datuk Bandar Tirana, Erion Veliaj, atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Kedua-duanya bagaimanapun. menafikan dakwaan tersebut.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD