MANILA, 12 Mei-Jutaan rakyat Filipina keluar mengundi pada Isnin dalam pilihan raya tengah penggal yang dilihat sebagai referendum terhadap pertelingkahan sengit antara Presiden Ferdinand Marcos dan Naib Presiden yang telah dipecat, Sara Duterte.
Orang ramai mulai membanjiri pusat pengundian sekitar ibu kota Manila seawal sebelum jam 7 pagi waktu tempatan menurut wartawan AFP.
Pilihan raya ini melibatkan lebih 18,000 jawatan, termasuk kerusi di Dewan Perwakilan dan pejabat peringkat daerah yang menjadi rebutan sengit.
Namun, tumpuan utama adalah kepada 12 kerusi Senat yang bakal memberi impak besar terhadap pemilihan Presiden 2028 serta nasib Duterte.
Pertelingkahan antara Marcos dan bekas sekutunya itu memuncak pada Februari apabila Duterte dipecat oleh Dewan kerana didakwa melakukan jenayah termasuk rasuah dan perancangan pembunuhan terhadap presiden.
Sebulan kemudian, bapanya Rodrigo Duterte, bekas presiden Filipina, ditahan dan diterbangkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menghadapi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan kempen antidadah berdarah semasa pentadbirannya.
Sara Duterte kini perlu meraih sekurang-kurangnya sembilan undi di Senat yang mempunyai 24 ahli untuk mengelakkan dirinya disingkirkan sepenuhnya dari dunia politik.
Setakat ini, tujuh daripada calon utama yang berada dalam kedudukan teratas mendapat sokongan daripada Marcos, manakala empat berpihak kepada Duterte.
Pertelingkahan antara Marcos dan bekas sekutunya itu memuncak pada Februari apabila Duterte dipecat oleh Dewan kerana didakwa melakukan "jenayah berat" termasuk rasuah dan perancangan pembunuhan terhadap presiden.
Sebulan kemudian, bapanya Rodrigo Duterte, bekas presiden Filipina, ditahan dan diterbangkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menghadapi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan kempen anti-dadah berdarah semasa pentadbirannya.
Sara Duterte kini perlu meraih sekurang-kurangnya sembilan undi di Senat yang mempunyai 24 ahli untuk mengelakkan dirinya disingkirkan sepenuhnya dari dunia politik.
Setakat ini, tujuh daripada calon utama yang berada dalam kedudukan teratas mendapat sokongan daripada Marcos, manakala empat berpihak kepada Duterte.
Dua calon lain termasuk adik Presiden, Senator Imee Marcos, dan personaliti TV Camille Villar diumumkan sebagai “ahli kehormat” parti PDP-Laban milik keluarga Duterte, sehari sebelum pilihan raya.
Langkah itu bertujuan menambah "sekutu untuk melindungi Naib Presiden daripada pemecatan".
Filipina mempunyai sejarah keganasan pilihan raya, terutamanya di kawasan selatan yang bergolak, menyaksikan pertempuran bersenjata antara penyokong politik adalah perkara biasa.
Sehari sebelum pengundian,sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara penyokong di wilayah Islam autonomi Pulau Mindanao.
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh sejak kempen bermula, termasuk calon majlis bandaraya, pegawai pilihan raya dan ketua kampung.
kira-kira 163,000 anggota polis Filipina dikerah untuk mengawal pusat undian, mengiringi pegawai pilihan raya, dan menjaga sekatan jalan.
Ribuan lagi anggota tentera, bomba, dan agensi lain turut dikerah bagi memastikan keselamatan di seluruh negara.-AFP.