SINGAPURA, 9 September- Singapura akan meningkatkan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut sepanjang minggu ini berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan.
"Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen," menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.
Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.
Peningkatan keselamatan itu juga menjelang lawatan Pope Francis ke negara itu dari dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik. - REUTERS