JAYAPURA, 9 September- Sebuah pesawat dengan 48 orang penumpang di dalamnya tergelincir dari landasan di wilayah timur terpencil Papua, Indonesia hari ini, kata polis mengakibatkan beberapa penumpang cedera.
Kepulauan Asia Tenggara mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk, dan Papua diliputi kawasan pergunungan di mana menyukarkan penerbangan akibat cuaca buruk yang kerap berlaku.
Pesawat ATR-42 milik Trigana Air itu berlepas dari lapangan terbang di wilayah terpencil Kepulauan Yapen ke ibu kota Papua, Jayapura pagi ini apabila ia tergelincir dari landasan.
Penerbangan itu membawa 42 penumpang, termasuk seorang bayi, dan enam anak kapal.
"Syukur kepada Tuhan, semua selamat dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan berhubung dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang," kata ketua polis tempatan, Ardyan Ukie Hercahyo dalam satu kenyataan.
Agensi mencari dan menyelamat tempatan berkata dalam satu kenyataan berkata bahawa beberapa penumpang cedera dan trauma dengan kejadian itu.
Indonesia sangat bergantung kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan pulau-pulaunya, tetapi Papua adalah kawasan yang sukar dicapai.
Pada 2015, sebuah pesawat Trigana Air terhempas di kawasan itu, mengorbankan kesemua 54 orang yang berada dalam pesawat. - AFP