fb fb fb fb fb

Singapura runding potongan tarif eksport farmaseutikal ke AS

FOTO HIASAN

SINGAPURA, 28 April- Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, mengumumkan negara itu sedang berunding untuk mendapatkan pengecualian tarif ke atas eksport farmaseutikal ke Amerika Syarikat (AS), selepas perbualan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.

Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pasukan Tugas Ekonomi Singapura, memberitahu wartawan pada hari Ahad bahawa farmaseutikal menyumbang lebih 10 peratus daripada eksport Singapura ke AS. Beliau mengesahkan perbualan tersebut berlaku pada hari Jumaat lalu.

"Walaupun AS tidak bersedia untuk menurunkan tarif asas 10 peratus, kami bersetuju untuk meneroka bagaimana kami dapat memperdalam hubungan ekonomi dengan cara positif dan akan terus berbincang tentang langkah praktikal ke depan," kata Gan di LinkedIn.

Gan turut menjemput Lutnick untuk melawat Singapura dan menyatakan hasrat untuk terus memajukan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Perbincangan tersebut berlaku menjelang pilihan raya Singapura pada 3 Mei, ketika negara itu menghadapi ekonomi global yang bergolak akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE