fb fb fb fb fb

Singapura, Indonesia bekerjasama desak pelan damai Myanmar

(Perdana Menteri Singapura dan Presiden Indonesia dalam
sidang media bersama di Singapura hari ini/REUTERS)

SINGAPURA, 16 Mac- Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata Singapura akan bekerjasama dengan Indonesia dan negara-negara ASEAN lain serta rakan kerjasama seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), untuk mendesak pemerintah tentera Myanmar melaksanakan rancangan damai yang tertangguh.

Perkara tersebut dimaklumkan Lee Hsien Loong selepas pertemuannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Lee berkata para pemimpin kesal dengan kekurangan kemajuan dalam rancangan damai yang diketuai ASEAN berkenaan kemelut Myanmar dan pergolakan sejak rampasan kuasa pada Februari 2021.


(Perdana Menteri Singapura bertemu dengan Presiden Indonesia di Istana
di Singapura, 16 Mac 2023/REUTERS)

"Singapura akan terus bekerjasama dengan Indonesia dan negara anggota ASEAN, serta rakan kongsi ASEAN seperti PBB, untuk mendesak pelaksanaan penuh konsensus lima perkara," katanya merujuk kepada pelan damai yang dipersetujui oleh jeneral tertinggi Myanmar dengan ASEAN.

Indonesia kini merupakan Pengerusi ASEAN.

Sementara itu, pemimpin kedua-dua negara juga mengumumkan Singapura dan Indonesia akan bekerjasama dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui.

Perjanjian itu adalah antara beberapa memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua negara, termasuk perkongsian ilmu oleh Singapura bagi menyokong pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.-REUTERS

Media Baharu