fb fb fb fb fb

Singapura catat 13,208 kes baharu COVID-19

SINGAPURA, 5 Februari - Singapura melaporkan 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya, enam kes kematian turut dilapor dalam tempoh 24 jam lalu.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7% tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3% memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04% ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 semalam iaiatu meningkat daripada 1.23 pada hari sebelumnya.

Jumlah kes akibat COVID-19 di republik itu kini mencecah 379,681 dengan 866 kematian.

Setakat 3 Februari lalu, 89% penduduknya telah lengkap divaksin atau dan 59% telah menerima suntikan penggalak.

Media Baharu