fb fb fb fb fb

Sepanyol tarik semula arahan pemakaian pelitup muka

BARCELONA, 5 Februari - Sepanyol menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di luar rumah mulai minggu hadapan.

Ia antara usaha awal pihak berkuasa melonggarkan sekatan COVID-19 mengikut keadaan semasa.

Arahan pembatalan perintah mewajibkan pemakaian pelitup muka itu dibuat Kabinet negara itu pada mesyuarat mingguannya.

Sebelum ini, penggunaan pelitup muka diwajibkan semula pada akhir Disember 2021 susulan penularan varian Omicron.

Menurut Menteri Kesihatan negara itu, arahan Disember lalu hanyalah bersifat sementara.

Sepanyol antara negara Eropah yang mula melonggarkan beberapa sekatan susulan pandemik COVID-19.

Sejak dua minggu lalu, kes harian di Sepanyol menunjukkan penurunan dengan 2,421 kes bagi setiap 100,000 orang.

Ia susulan kadar vaksinasi negara itu yang memberangsangkan.

Media Baharu