fb fb fb fb fb

Siklon Dana: Lebih setengah juta penduduk India dipindahkan

Pokok tumbang akibat Siklon Dana di India. / Foto REUTERS

BHADRAK, 25 Oktober- Siklon Dana melanda timur India hari ini dengan kelajuan angin antara 100 hingga 110 kilometer sejam.

Menurut media tempatan, siklon itu menyebabkan banjir, pokok tumbang, dan terputusnya bekalan elektrik.

Namun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Negeri Odisha, di timur negara itu telah menutup sekolah, selain menggantung penerbangan masuk dan keluar di Bhubaneswar.

Siklon berkenaan turut menyebabkan lebih setengah juta penduduk dipindahkan ke kawasan perlindungan sementara.

Ribut yang teruk sering melanda pantai India dan Bangladesh dari April hingga Disember. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM