KYIV, 16 Ogos β Rakyat Ukraine mendesak tindakan segera selepas sidang penting antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, berakhir tanpa sebarang persetujuan bagi menghentikan perang Moscow di Ukraine.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memaklumkan beliau akan berkunjung ke Washington pada Isnin (18 Ogos) untuk bertemu Trump, selepas presiden AS itu mengadakan pertemuan dengan Putin di Alaska.
Menurut Zelenskiy, Kyiv menyokong cadangan Trump untuk mengadakan mesyuarat tiga hala antara Ukraine, Amerika Syarikat dan Rusia.
Beliau turut menyatakan perbincangan dengan Trump menyentuh mengenai isyarat positif daripada Washington berkaitan jaminan keselamatan Ukraine.
Sementara itu, penduduk Kyiv menyuarakan rasa kecewa terhadap kegagalan sidang Trump-Putin menghasilkan keputusan.
βIa hanya sekadar cakap-cakap kosong...Kami mengharapkan tindakan yang lebih serius, terutamanya daripada Trump sendiri,β kata seorang pesara, Olena Lumina, kepada Reuters. -REUTERS