fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak Arab-Islam, bukti sokongan dunia Islam kepada Qatar

Foto AFP

DOHA, 16 September - Sidang Kemuncak Arab-Islam yang sedang berlangsung di ibu negara Qatar, Doha bukti sokongan padu dunia Islam terhadap negara Teluk itu, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau menegaskan serangan Tel Aviv yang menyasarkan pasukan perunding Kumpulan Palestin, Hamas di Qatar telah membawa “kebiadaban Israel” ke tahap baharu.

"Adalah tidak dapat dinafikan bahawa matlamat Kerajaan Netanyahu untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan genosid di Palestin serta menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini,

"Kita mesti mempergiat usaha diplomatik bagi mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Israel," katanya.

Jelasnya, Ankara akan terus berjuang sehingga sebuah negara Palestin berjaya ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan integriti wilayah dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

Turkiye sentiasa berdiri teguh bersama Qatar sebagai rakan, sahabat dan saudara, sambil menegaskan Ankara bersedia berkongsi keupayaan industri pertahanannya dengan negara-negara sahabat.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN