fb fb fb fb fb

Shigeru Ishiba dilantik secara rasmi sebagai PM Jepun

Shigeru Ishiba mengadakan sidang media selepas pemilihan kepimpinan LDP/foto Reuters

TOKYO, 1 Oktober - Parlimen Jepun dijangka melantik Shigeru Ishiba sebagai Perdana Menteri yang baharu, secara rasmi hari ini.

Beliau juga akan mengumumkan barisan Kabinetnya yang menampilkan gabungan muka lama dan baharu.

Bekas Menteri Pertahanan berusia 67 tahun itu dijangka tidak berdepan masalah pada sesi pengundian, susulan majoriti kerusi Parlimen dikuasai oleh Parti Demokratik Liberal (LDP) yang dipimpinnya.

Keputusan undian dijangka diketahui kira-kira 1:40 petang waktu tempatan, disusuli dengan upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan anggota kabinet di hadapan Maharaja Jepun, Naruhito di Istana Imperial, Tokyo.

Berhubung pelantikan anggota kabinet, Yoshimasa Hayashi dijangka mengekalkan jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kabinet.

Manakala, Katsunobu Kato memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Bekas Menteri Pertahanan, Takeshi Iwaya pula dijangka dilantik sebagai Menteri Luar.

Gen Nakatani pula kembali menerajui Kementerian Pertahanan, jawatan yang dipegangnya pada 2016. - Reuters-

Trainee