MEXICO, 1 Oktober - Isteri Presiden Amerika Syarikat (AS) Jill Biden tiba di Mexico pada Isnin bagi menghadiri majlis pelantikan presiden wanita pertama Mexico Claudia Sheinbaum.
Biden yang disambut di kediaman Duta Amerika Syarikat ke Mexico, Ken Salazar meraikan hubungan antara Amerika Syarikat dan Mexico serta menyifatkan ia sebagai momen bersejarah.
Antara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah pemimpin perniagaan Mexico Carlos Slim dan presiden Parti Revolusi Institusi (PRI) Alejandro Moreno.
Pada Jun lalu Claudia Sheinbaum menang besar dalam pilihan raya yang menobatkannya sebagai presiden wanita pertama Mexico.
Beliau mewarisi projek mentor dan pemimpin terdahulu Andres Manuel Lopez Obrador yang mencipta popularitinya dalam kalangan golongan miskin dan tindakan itu membantu kepada kemenangan Sheinbaum.
Sheinbaum merupakan wanita pertama yang memenangi pilihan raya umum di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.
"Hubungan antara negara yang memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat Amerika seperti hubungan antara Amerika Syarikat dan Mexico. Saya berasa terhormat berada di sini untuk meraikan kekuatan hubungan antara negara kita pada saat bersejarah ini," kata beliau Jill Biden.
"Kami percaya pada kesatuan ini antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Dan kami sedang melaksanakannya. Esok, ketika kita berkumpul di sini, kita akan menyaksikan pelantikan presiden wanita pertama di Amerika Utara, Claudia Sheinbaum," kata Duta AS ke mexico Ken Salazar.
"Ada sesuatu yang istimewa, keterujaan melihat perasmian presiden wanita pertama Mexico," tambahnya. - REUTERS