fb fb fb fb fb

Dua penerbangan bawa rakyat Lubnan tiba di Larnaca

Mohammad Shaaban/FOTO REUTERS

CYPRUS, 1 Oktober - Dua penerbangan membawa rakyat Lubnan yang menyelamatkan diri daripada serangan udara berterusan di negara mereka tiba di Larnaca, Cyprus pada Isnin.

Israel membawa masuk tenteranya melalui laluan darat pada Selasa dan menyatakan telah memulakan serangan terhadap kumpulan pejuang Hizbullah di kawasan sempadan.

Menurut kerajaan Lubnan, serangan Israel ke atas Lubnan telah mengorbankan kira-kira 1,000 orang awam dan memaksa sejuta penduduk melarikan diri dari kediaman masing-masing.

"Keadaan di sana sangat teruk. Mereka mengebom setiap hari di Beirut. Sangat sukar untuk melakukan sebarang aktiviti harian, tiada kerja, tiada tidur, tiada apa-apa. Pesanan yang ingin saya sampaikan kepada dunia ialah kami adalah orang yang cintakan keamanan, kami benar-benar ingin menjalani kehidupan dengan aman, itu sahaja.

"Selama dua minggu yang lalu, kami tidak dapat tidur kerana bom. Daripada segi psikologi, berita tentang apa yang dilakukan Israel, ia sangat teruk.

"Saya cuba meninggalkan negara, tetapi sukar juga untuk mendapatkan tiket. Jadi, saya membeli tiket ini, saya datang ke Cyprus, transit di sini selama dua belas jam, kemudian pergi ke Mesir selama empat jam, kemudian pergi ke Amman di mana isteri saya berada. Saya menghantarnya dahulu, seluruh keluarga saya berada di sana, jadi sekarang saya akan berlepas ke Amman.

"Ayah saya tinggal di sana, dia orang tua, dia tidak mahu meninggalkan negara, dia sangat cintakan negaranya. Dia akan tinggal di sana, kami tidak dapat membawanya keluar, dia tidak mahu," kata penduduk Beirut Mohammad Shaaban, 26 tahun. - REUTERS

TETITIA YUSOFF