fb fb fb fb fb

Shanghai catat suhu Mei terpanas dalam 100 tahun

(Orang memakai pakaian pelindung matahari semasa berbasikal/AFP)

SHANGHAI, 29 Mei- Shanghai mencatatkan suhu bulan Mei yang tertinggi dalam tempoh lebih 100 tahun, umum perkhidmatan meteorologi bandar itu.

Para saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan banyak negara mengalami gelombang haba dan suhu yang mencecah rekod di seluruh Asia Tenggara dan Selatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

"Pada 13:09, suhu di stesen Xujiahui mencecah 36.1 darjah Celsius (97 darjah Fahrenheit), memecahkan rekod 100 tahun untuk suhu tertinggi pada bulan Mei," menurut catatan di akaun Weibo rasmi perkhidmatan, dengan merujuk kepada sebuah stesen metro di pusat bandar terbesar di China.

"Suhu di stesen yang sibuk itu meningkat lebih tinggi kepada 36.7C (98F) pada sebelah petang," lapor perkhidmatan meteorologi.

"Ia meletakkannya melebihi rekod lama, 35.7C, yang telah direkodkan empat kali sebelum ini, pada 1876, 1903, 1915 dan 2018," menurut perkhidmatan itu. -AFP

(Seorang wanita memakai pakaian pelindung matahari semasa keluar berjalan di Shanghai/AFP)

Media Baharu