(Pedro Sanchez bercakap di Istana La Moncloa, Madrid /AFP)
MADRID, 29 Mei- Dalam satu tindakan mengejut, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memanggil pilihan raya mengejut pada 23 Julai ini.
Pengumuman dibuat sehari selepas parti Sosialis pimpinannya mengalami kemelut dalam pilihan raya tempatan dan wilayah.
Dilihat secara meluas sebagai 'raptai' untuk pilihan raya umum yang dijangka pada penghujung tahun, pilihan raya tempatan Ahad lepas menyaksikan gabungan pembangkang utama, Parti Popular (PP) memperoleh jumlah undian terbesar.
PP juga mencatat kemenangan ketara di peringkat wilayah, merampas enam wilayah yang diketuai Sosialis, termasuk Valencia di timur dan Kepulauan Balearic, yang merangkumi pulau percutian Ibiza.
Dalam ucapan di televisyen, Sanchez berkata beliau telah memaklumkan kepada Raja Felipe VI tentang keputusannya untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihan raya umum pada 23 Julai "berdasarkan keputusan pilihan raya semalam".
“Sebagai ketua kerajaan dan parti Sosialis, saya bertanggungjawab atas keputusan itu dan saya fikir adalah perlu dan menyerahkan mandat demokrasi kita kepada kehendak rakyat,” katanya. -AFP
(PM Sepanyol panggil pilihan raya mengejut/AFP)