fb fb fb fb fb

Ratusan burung mati di Chile

(Foto REUTERS)

COQUIMBO, 30 Mei- Bangkai beratus-ratus burung mati di pantai Chile minggu lalu mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.

Pihak berkuasa tempatan berkata bangkai haiwan berkenaan dihanyutkan di sepanjang pantai Changa di wilayah Coquimbo di utara Chile.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan punca kematian haiwan tersebut.

"Kami telah menghantar sampel bangkai burung itu ke makmal di Santiago.

"Penduduk tempatan dilarang mengutip bangkai burung tersebut bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu