BANGKOK, 30 Mei - Bekas tentera warga Kanada Matthew Dupre berjaya diekstradisi ke Thailand berhubung pembunuhan anggota kumpulan penjenayah tahun lalu, kata pihak berkuasa Thailand pada Isnin.
Pesuruhjaya biro siasatan pusat, Jirabhop Bhuridej dalam sidang media berkata Dupre, 38, dikehendaki atas dakwaan menembak mati Jimi 'Slice' Sandhu, 32, di Phuket pada 5 Februari lalu.
"Si mati mempunyai kaitan dengan kumpulan (penjenayah) Bangsa Bersatu (Kanada) dan dikaitkan dengan pembunuhan salah seorang ketua kumpulan lain, yang dipanggil Red Scorpion, di Kanada," kata Jirabhop.
Rakaman polis menunjukkan Dupre dalam keadaan bergari dan dikawal pegawai polis.
(FOTO REUTERS)
Ekstradisi itu melibatkan penerbangan tentera udara Thailand selepas syarikat penerbangan komersil menolak uhtuk membawanya atas faktor keselamatan.
"Kami perlu menangkap suspek supaya dia didakwa bawah sistem kehakiman Thailand," kata pendakwa raya negeri Intranee Sumawong, sambil menambah Dupre tidak akan dikenakan hukuman mati bawah rang undang-undang ekstradisi.
"Kami telah memastikan bahawa terdapat keselamatan di Thailand dan mempertahankan reputasi kami bahawa negara ini selamat untuk didiami," katanya.
Mahkamah Alberta meluluskan ekstradisi Dupre pada Disember lalu.- REUTERS