fb fb fb fb fb

Sesi pembelajaran secara fizikal di Shanghai bermula hari ini

(Sebuah keluarga duduk di taman The Bund yang terletak di daerah Huangpu, Shanghai
selepas perintah sekatan pergerakkan selama dua bulan ditarik balik di bandar itu /FOTO AFP)

SHANGHAI, 6 Jun - Pelajar sekolah menengah di Shanghai kembali menyambung persekolahan secara bersemuka mulai hari ini setelah ditangguhkan hampir tiga bulan bagi mencegah penyebaran COVID-19.

Walau bagaimanapun, mereka perlu negatif ujian saringan COVID-19 dan mengimbas kod QR untuk paparan keputusan ujian selain melalui pengesan haba.

Pihak berkuasa Shanghai memberitahu, lebih banyak pelajar dan sekolah kembali dibuka mulai minggu hadapan.

"Sekolah mewajibkan ujian kit antigen setiap hari. Sekiranya ada kes, anda perlu melaporkan segera kepada pihak sekolah. Saya rasa ia bagus dan kita tak perlu risau," kata Chen Qishen yang juga merupakan seorang pelajar.

Manakala, seorang pelajar Yan Jiayi berkata, dia tidak sabar kembali ke sekolah untuk bertemu rakan sekelasnya meskipun merasa cemas dengan keputusan ujian saringan.

(Orang ramai mula berkumpul di sepanjang Sungai Huangpu, Shanghai
pada 1 Jun lalu berikutan kelonggaran sekatan COVID-19/FOTO AFP)

Bandar dan hab perniagaan terbesar di China menarik balik perintah berkurung untuk sebahagian besar daripada 25 juta penduduknya pada 1 Jun lalu.

Setakat ini Shanghai melaporkan hanya empat kes tempatan baru, berbanding enam kes hari sebelumnya.

Media Baharu